Apakah itu baja foliar? Apakah kegunaannya? BAJA FOLIAR adalah baja larut air atau jenis semburan yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel tumbuhan dalam masa satu jam. Berbanding dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana ia dapat menembusi sel-sel tumbuhan dengan sepenuhnya. Maksud Baja Foliar adalah Baja jenis cecair. Apakah Perbezaan Baja Foliar dan Baja NPK ? Proses Penyerapan Baja Foliar Baja Foliar -> Tumbuhan (Daun) Proses Penyerapan Baja NPK Baja NPK -> Media Tanah -> Akar Kedua-dua mempunyai kelebihan dan kekurangan untuk pertanian yang berjaya kita memerlukan kedua-dua sekali Baja NPK mengandungi makanan asas yang tinggi iaitu N P K, tetapi kekurangan unsur mikro seperti Boron, Kalsium, PGR dan sebaga...